4. PENGHARGAAN ESTETIK

5 Dis

Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis.

Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis.

4.1 Nyanyian
Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan
teknik persembahan. Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian dua lapisan suara.

4.2 Muzik instrumental
Memberi respon kepada pelbagi aspek tentang karya atau persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan.

3. EKSPRESI KREATIF

5 Dis

Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif.

Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi,
menyusun atur dan membentuk bahan muzik.

3.1 Penerokaan
Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.

3.2 Improvisasi
Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan melodi

3.3 Reka Cipta
Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.

2. PENGALAMAN MUZIKAL

5 Dis

Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan
bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali.

2.1 Pengetahuan teknik
2.1.1 Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran ton; sebutan.
2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang; cara memainkan.
2.1.3 Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan; penjarian; penglidahan; penghasilan ton.
2.1.4 Kriteria persembahan : keseimbangan; kesepaduan; koordinasi; etika.

2.2 Pengalaman muzik
2.2.1 Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat Malaysia.
2.2.2 Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan; dram getar; dram tenor; dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental.
2.2.3 Memainkan rekoder:

2.2.3 Memainkan rekoder

1. PERSEPSI ESTETIK

5 Dis

KANDUNGAN
Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik. Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsurunsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis.

1.1 Irama

1.1.1 Detik, Tekanan dan Meter
Detik
Pembahagian meter: 2 3 4 6
4 4 4 8
Tekanan: tekanan detik dalam meter 2 3 4 6
4 4 4 8

1.1.2 Tempo
Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana.

1.1.3 Nilai not dan nilai tanda rehat
Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver
Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.

1.1.4 Corak irama
Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin; inang; joget; sumazau.
Corak irama pada ostinato: ostinato irama.

1.2 Melodi
1.2.1 Pic

Aras pic: pic tinggi; pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga; melompat.
Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.

1.2.2 Skel
Skel diatonik: major; minor harmonik.

1.2.3 Warna ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik; perkusi badan; bahan improvisasi; bunyi alam sekitar.

1.2.4 Harmoni
Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato melodi.

1.2.5 Tekstur
Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal; nipis.
Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.

1.2.6 Bentuk
Pembinaan bentuk : frasa.
Jenis bentuk muzik: AB; ABA.

1.3 Ekspresi
1.3.1 Dinamik

Aras dinamik: lembut; kuat.
Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat.

1.3.2 Mud
Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat;
cemas; takut; tenang.

1.4 Sistem notasi
1.4.1 Lambang not muzik dan tanda rehat

1.4.2 Tanda isyarat dan istilah

Pendidikan Muzik

4 Dis

PENDAHULUAN
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan
dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang
dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan
peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di
samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1
khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka
memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti
menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi
kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya
masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.
Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam
muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri
murid.

Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR
pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,
strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran
Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.

MATLAMAT
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum
dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi,
dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan
nilai murni.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:
1. mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan
terminologi muzik
2. mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik
3. membaca dan menulis notasi muzik
4. mengetahui dan memahami teknik menyanyi
5. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik
yang betul
6. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik
7. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan
teknik yang betul
8. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif
9. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya
dan persembahan muzik
10. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang
berkaitan dengannya
11. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan
ingin mencuba

ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR mengandungi program
pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun
6. Isi kandungannya memberi tumpuan kepada elemen pengetahuan dan
kemahiran di samping mengambil kira penerapan nilai.
Kurikulum ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik
dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, mata
pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan
domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan
itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah
menghayati dan menikmati muzik secara intelektual.
Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR
disusun berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Persepsi Estetik
ii. Pengalaman Muzikal
iii. Ekspresi Kreatif
iv. Penghargaan Estetik
Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi
faktor-faktor yang lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan
pembelajaran.
Susunan keempat-empat aspek tersebut bukanlah suatu hierarki
yang tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi kemudahan
mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.